Beat The Best, Plan For Success

Ideologi untuk terus berjaya dan mengapai impian

11 Sep 2011

Entry pertama


 

Assalamualaikum…

Pertama sekali, Syukur kehadrat Ilahi diberi kekuatan untuk mengunakan teknologi yang ada kini bagi menyebarkan sedikit ilmi dan pandangan insan yang kerdil ini

Entry ini ingin meluahkan apa yang terbuku dihati.

Sejauh mana kita untuk menilai kejadian tuhan dari perspektif kita? Kita takkan mampu untuk menghuraikan… sekalipun 100% otak kita digunakan untuk membongkar rahsia alam ini. Kecilnya kita, kita sebenarnya tiada apa-apa…tiada kuasa sekelumit pun… semua itu pinjaman semata-mata. Malah tiada satu didunia ini "hak" kita, waima tubuh kita sendiri adalah pinjaman. Tiada satu manusia yang mampu mengawal udara masuk ke tubuhnya, mengawal aliran darah dsbg… kerana apa? Kerana semua ini adalah Sunnatullah.

Kenapa kita diciptakan?... tidak lain dan tidak bukan..se mata-mata untuk menjadi hamba kepada pencipta Agung. Pada masa yang sama diberi tanggungjawab untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.

Apakah kita tidak malukah dengan membuat segala kemungkaran sedangkan kita tahu Dia Maha Melihat segala perbuatan kita.

Ingatlah.. hari esok belum pasti ada lagi buat kita… kehidupan didunia ini sementara… kehidupan diakhirat kekal selamanya…. MATI adalah titik bermula kehidupan ABADI… Mana kita pilih???

Kekal di Neraka atau menikmati kebahagia di Syurga untuk SELAMA-LAMAnya.. Sekalipun hidup kita didunia tidak semewah mana, tapi pastikan kita tidak miskin agama, tidak lalai beribadah padanya.

Apakah kita cukup Bekalan yang hendak dibawa ke SANA kelak? Apakah kita yakin dengan apa yang kita lakukan hari ini akan beroleh kejayaan di akhirat nnti? Sedangkan Rasul terdahulupun sujud, zikr dan memohon taubat hampir setiap masa. Mereka itu siapa? Rasul.. Maksum… terpelihara dari dosa… Namun, bibir-bibir mereka tidak henti-henti memuji keagungan Ilahi. Kita ni siapa? Hebat sangt ker kita ini berbanding dengan para rasul? Bergembira didunia, mengejar pangkat, wang dan segala seolah tiada apa yang berlaku nanti. Tidak terfikirkah kita "nikmat" yang kita perolehi ini pemberian siapa? Kenapa kita tidak boleh luangkan sebahagian masa dari 24jam sehari tu untuk beribadat padaNya.

Sama-samalah kita cuba tingkatkan diri.. untuk mencari redhaNya.